.:: TAG SEPULUH ::.

Terserempak tag ni kat blog sis Fatihah, tiba-tiba aura rajin tu mari..lalu aku menyibukkan diri menjawab Tag ini..he3

Copy tajuk entry “sepuluh” dan paste di post anda. Anda dikehendaki untuk menjawab sepuluh soalan di bawah dengan menggunakan bahasa melayu sepenuhnya.


[1] Siapakah diri anda di rumah?
- A Superwoman , daripada seorang Secretary tak bergaji, tukang paip,tukang cuci, tukang masak dan segala macam tukang lagi yg tak perlu ku tulis di sini...he3

[2] Siapakah diri anda disamping rakan?
- Tempat meminjam wang dikala kesempitan..tempat menumpang dikala kesusahan...tempat menangis dikala kesedihan...tapi bila beliau sedang bersenang lenang bayang-bayang pon tak dapat dikesan...harap maklom

[3] 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai?
- Nak ada business sendiri,walaupun kecil-kecilan...
- Rumah sendiri, tak perlu menyewa lagi....
- Kalau boleh nak besarkan anak-anak di kampung.
- Ada ramai anak....
- Nak mengandung lagi dalam masa terdekat ni..Amin


[4] Siapakah nama pasangan anda?
- En. Nik FauZee Nik Mat

[5] Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda?
- He3..malu la pulak nak jawab soklan ni..
- Tak reti curang
- Suka angkut anak bini kemana sahaja..
- Tak boleh berenggang ngan bini walau sehari..manja.
- Makan apa saja..walaupun cuma telur goreng..

- Tak pernah persoalkan perubahan fizikal aku yang amat ketara ni..he3

[6] Bila tarikh anda couple?
- Uwaaa!!! takde tarikh couple, dia adalah kawan baik aku dan secara tiba-tiba dia ajak aku kawin..

[7] Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
- Eksiden, tapi tak ler pahit sangat kan..

[8] Lagu tema cinta anda?
- Ungu : Kekasih gelapku

[9] Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?
- Semoga beliau tidak lagi sibuk meleburkan duit untuk keta & moto..
- Semoga beliau berhenti memenuhkan rumah dengan spare part...banyak sangat la, sampai bilik terpaksa dijadikan store..


[10] Tag 10 rakan ada yang lain.
- Nak Tag semua kawan-kawan yang belum jawab tag ni lagi..

.:: Perbezaan Girlfriend & Isteri pada pandangan Lelaki ::.


* Isteri macam TV, Girlfriend macam Henpon. Dok Kat umah tengok TV bila keluar bawak henpon.

* Bila takde duit jual TV, bila banyak duit beli Henpon baru.

* Hari-hari tengok TV..tapi selalunya masa lebih banyak habis main Henpon.

* TV bayar sekali je tapi percuma sepanjang hayat TV tu, tapi Henpon kalau tak bayar bil line akan ditamatkan perkhidmatan.

* TV saiznya besar, berat, buruk.. tapi Henpon comel, ringan, kecil, ada banyak butang boleh picit-picit & boleh bawak kemana-mana saja bila-bila masa.

* Kos penyelenggaraan TV murah je, lagipon jarang rosak..tapi kalau Henpon mahal, asyik meragam je.

* Yang sadisnya...TV ada Remote Control tapi Henpon takde.

* TV takde Virus lagipon orang jarang nak curi TV..tapi henpon lalai sikit je boleh lesaaap!!.

* Jadi jangan peningkan kepala pilihlah TV anda, kalau boleh ambik yang Plasma..he3

CONTEST : Apa Saya Nak Buat Kalau Diberi RM100..

Jom kawan-kawan join contest ni...








CONTEST : Apa Saya Nak Buat Kalau Diberi RM100..
BY
DIARI SEORANG LELAKI

RM 100??!! besar nilainya bagi sorang surirumah yang pokai macam aku ni..
Dah lama ku idam-idamkan nak buat bisnes kecil-kecilan...moga-moga dengan berkat dari hadiah contest ni dapatlah aku menambah pendapatan keluarga.. akan ku mulakan bisnes aku tu dengan menjual makanan kegemaran rakyat malaysia iaitu :


NASI LEMAK
Dengan RM100 tu akan ku beli :
* Beras 4kG - RM10
* Cili Kering - RM2
* Ikan Bilis - RM5
* Telur,Timun,Kacang - RM10
* Rempah ratus & Santan - RM1o
* Ayam 1/2 ekor - RM10
* Pembungkus & Sudu plastik - RM10
Jumlah = RM57 (baki selebihnya akan ku buat modal pusingan untuk keesokan harinya...)
Lepas dapat untung hasil daripada modal RM100 tu barulah aku gunakan untuk keluarga, diri sendiri dan lain-lain lagi..
(mana la tahu kalau2 lepas tu aku buleh wat contest pulak untuk korang semua..he3 )
SeKian, Terima Kasey

.:: TAG & AWARD DARI SIS MIEZA ::.

Fistly, ku nak ucapkan makaseeey sis Mieza kerana menganugerahkan daku award ni..Kali pertama dapat award..excited beb..ekekekeke..


Write 5 interesting facts about the person who gave you this award.

1. Sis Mieza - hot momma!

2. Tengah berusaha mengurangkan berat badan..Chaiyok2!!

3. Suka masak-masak..

4. Ku mengenali beliau di Ratuhati.com..

5. Tinggal di Loq Setaq, Kedah..

Note down 10 interesting facts about yourself or your hobbies

1. Suka berfikir dari perkara yang remeh-temeh hinggalah yang berat-berat..

2. Suka makan..

3. Tak suka tempat yang ramai orang..serabut rasanya...

4. Suka makanan pedas-pedas..

5. Tak suka tengok cerita bersiri-siri..

6. Rasa tak lengkap hidup kalau tak online..

7. Menjadi isteri kepada kawan baikku sendiri...Nik Fauzee..

8. Sangat boros

9. Kadang-kadang aku ni agak misteri orangnya..

10. Pendiam tapi bila start buka mulut susah nak benti...ngeh3

Pick your 10 most deserving recepients and describe them

1. Sis Risa - yg agak tegas orangnye..

2. Sis Norsha - suke bgi nasihat2 & tunjuk ajar yg berguna..

3. Sis suealeen - cekal & sungguh tabah membesarkan buah hatinya..

4. ladybirdluvone - ibu yang malatoop!!!

5. Sis kelly910 - bahagia bersama 3 orang jejaka..

6. Ilah - member dari skolah rendah yang bakal menjadi cekgu..ngeh3

7. Farizah Makri - member katil sebelah masa aku darjah 5..hik3

8. Sis mariaelly- Ibu tunggal yang gojes..

9. Sis Wina - mama kepada kira yang shumel..

10. Semua yang melawat blog saya !!! sudi-sudilah jawab yer..

.:: TAG DARI SIS KELLY ::.

Dah lama blog ku sepi..jalan-jalan blog sis kelly ternampak pulak namaku di Tag oleh beliau..makasey yer...tak sabo nak jawab nih..


01. Bekas kekasih saya adalah :
bekas kawan saya

02. Saya sedang mendengar :
dengkuran asbenku..

03. Mungkin saya patut:
tido...dah pukul 5 pagi ni!!.

04. Saya suka :
m.a.k.a.n

05. Sahabat-sahabat baik saya :
sahabat-sahabat di alam maya..yang banyak beri nasihat dan tunjuk ajar.

06. Saya tak paham :
kenapa ramai yang membiarkan masa berlalu dengan sia-sia..
KAWAN-KAWAN!!! life is short..gunakan masa yang ada sebaiknya..

07. Saya kehilangan :
kasih sayang dari ibubapa...uwaaaa!!!

08. Ramai yang berkata :
"kalaulah aku kaya".....hik3.

09. Makna nama saya :
erm...arrkk...??

10. Cinta itu adalah :
bagai makan sambal belacan, walau pedas hingga mengalirkan airmata masih mahu dimakan juga..

11. Di suatu tempat seseorang:
sedang berdengkur..ngeh3

12. Saya akan cuba :
sedaya upaya mengejar impian & cita-cita..

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud :
sampai bila-bila...

14. Telefon bimbit saya :
kaler pink..adiah asben kasi..

15. Bila saya terjaga dari tidur :
"kalaulah boleh sambung tido lagi"....

16. Saya paling meluat apabila :
talam dua muka...

17. Pesta/Parti adalah :
perkara yang dah lama tak ku buat@ join...adesss...

18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
rimau kat zoo Taiping..kalaulah rimau tu macam kucing,dah lama ku bela rimau..

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
14-20 tahun..zaman rempit-merempit..ekekeke

20. Hari ini :
lebih baik dari semalam...

21. Malam ini saya akan :
tidow..dah pkul 5 pagi ni..adeeeii.

22. Esok pula saya akan :
melaksanakan tanggungjawab seperti hari-hari sebelomnya.

23. Saya betul-betul inginkan :
kebahagiaan..keamanan..kedamaian...keharmonian..sehingga hari kiamat berkunjung tiba..insyaallah

24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
alamak!! jerawat....

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan :
kedua-duanya ku tak suka..sebab ramai orang..

26. Makanan Barat atau Jepun :
op kos makanan barat...ku tak kenyang la makan makanan jepun..

27. Bilik yang terang atau gelap :
samar-samar..dengan haruman lavender..sungguh menenangkan...ngeh3

28. Makanan segera adalah :
makanan cepat!! ekekeke...

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang? :
"I lap U Bee.."sambil mendodoikan asbenku tidow..

30. Tag ini datang dari :
sis Kelly...mommy kepada 2 orang jejaka encem..hik3

Tag ni dipanjangkang istimewa untuk :
Semua orang!!! sudi-sudilah menjawab yer..

SeKiaN..WassaLam...